KUCHING, 14 Januari: Sekurang-kurangnya 4 orang maut dan lima cedera dalam satu kejadian kemalangan ngeri yang dilaporkan sekitar jam 1 tengah hari tadi di Jalan Stutong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tiba di lokasi kemalangan kira-kira 7 minit selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.
Menurut kenyataan itu, kemalangan melibatkan 3 buah kenderaan dan 2 buah motosikal membabitkan 9 orang mangsa.
4 mangsa terdiri daripada 3 lelaki dan seorang perempuan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM di lokasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Manakala 5 lagi mangsa terdiri daripada seorang wanita dalam status kritikal, seorang cedera parah dan 3 lelaki cedera ringan telah dibawa ke hospital.

Kerja-kerja pembersihan kemalangan kini sedang giat dijalankan.
Sumber: Bilik Berita CATS
Sumber: Bilik Berita CATS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini