Syarikat penerbangan MASwings kini sah milik kerajaan Sarawak.
Pengumuman tidak rasmi itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas Majlis Amanat Perdana sempena ulang tahun kelapan beliau menerajui kerajaan Sarawak, hari ini.
Abang Johari berkata, perjanjian pengambilalihan syarikat berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Berkenaan pengambil alihan MASwings, semuanya sudah beres," katanya.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini