Melbourne: Naib juara Grand Slam dua kali, Stefanos Tsitsipas tersingkir awal di Terbuka Australia selepas tewas kepada pemain muda Amerika Syarikat, Alex Michelsen dalam pertarungan empat set, hari ini.
Pemain pilihan ke-11 dari Greece itu, yang beraksi menentang Novak Djokovic dalam final Terbuka Australia 2023, kelihatan tidak selesa sepanjang perlawanan menentang Michelsen yang berusia 20 tahun dan sering dipaksa berlari ke seluruh gelanggang.
Menduduki ranking ke-42 dunia, Michelsen mencatat kemenangan 7-5, 6-3, 2-6, 6-4 di Arena John Cain.
"Saya cuba kekal tenang sepanjang perlawanan hari ini. Saya tahu ia akan menjadi perlawanan sengit sehingga ke akhir," kata pemain Amerika itu, yang mencatat kemenangan pertamanya ke atas pemain 20 teratas dalam kejohanan Grand Slam.
Sumber: Harian Mertro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini