KOTA BHARU: Penyanyi terkenal dari Kelantan bersama lima individu lain, yang ditahan pada 1 November lalu dengan 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, akan dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat esok.
Seorang ahli keluarga penyanyi itu menyatakan bahawa mereka akan hadir di mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada penyanyi berkenaan.
Jurucakap Mahkamah Wilayah Narathiwat mengesahkan bahawa kes tersebut telah difailkan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan oleh pihak polis selesai.
Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa penyanyi wanita terkenal itu merupakan salah seorang daripada enam individu, termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun, yang ditahan dalam serbuan di Genting Hotel. Difahamkan, mereka ditahan di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan di tingkat bawah hotel tersebut.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini