Hospital Umum Sarawak (HUS) sekali lagi menyeru rakyat Malaysia untuk tampil menderma darah, terutama mereka yang mempunyai darah kumpulan O.
Ini berikutan dua kes kecemasan yang berlaku semalam di mana Massive Transfusion Protocol (MTP) terpaksa diaktifkan. Bagi yang tak tahu, MTP ni hanya boleh diaktifkan oleh pakar perubatan jika pesakit menghadapi kehilangan darah yang sangat kritikal.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Tabung Darah HUS, dua kes semalam melibatkan pendarahan serius akibat Upper Gastrointestinal Bleed. Pesakit-pesakit ini kehilangan hampir 2 liter darah setiap seorang, bersamaan hampir separuh jumlah darah dalam badan mereka!
Dalam usaha menyelamatkan nyawa, makmal pembekalan darah telah menghantar lebih daripada 60 beg darah untuk kedua-dua pesakit. Namun begitu, stok darah semakin berkurangan kerana penggunaan purata harian hospital ini hampir 80 beg darah. Majoriti keperluan adalah untuk darah kumpulan O.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini