MADRID: Pelumba KTM, Pedro Acosta tetap fokus pada saingan MotoGP musim ini walaupun pasukannya menghadapi krisis kewangan serius, dengan hutang melebihi €3 bilion (RM13.9 bilion).
Acosta, yang baru menyertai pasukan rasmi KTM, yakin pengurusan pasukan mempunyai strategi untuk mengatasi masalah tersebut. "Situasi ini tidak memberi kesan kepada kami. Objektif saya adalah mencari tetapan terbaik untuk jentera dan mencapai keputusan lebih baik," katanya.
KTM kini sedang melakukan penstrukturan semula, dengan pelaburan hingga €700 juta (RM3.24 bilion) dijangka diterima. Terdapat juga laporan bahawa juara dunia F1 tujuh kali, Lewis Hamilton, berminat melabur dalam pasukan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Sukan Permotoran KTM, Pit Beirer.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini