Pelakon Farid Kamil sedang dalam usaha menyelamatkan kediaman miliknya di Bandar Saujana Putra (BSP), Selangor daripada dilelong.
Pengurusnya Azahari Hamid berkata, ketika ini Farid sedang menyelesaikan isu tunggakan bayaran pinjaman rumah semi D itu dengan pihak bank.
“Panjang ceritanya tapi saya sedang selesaikan perkara ini dan rumah itu dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungin mStar pada Jumaat.
Dalam pada itu, Azahari memberitahu Farid tidak tinggal di rumah tersebut sebaliknya ia disewakan kepada kenalan aktor tersebut sejak lima tahun lalu.
Sumber: mStar
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini