PUTRAJAYA – Lebih 5.2 juta murid akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bermula Isnin depan secara berperingkat. Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), bantuan ini diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 untuk sesi 2024/2025, manakala murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi 2025/2026 akan menerima bantuan mulai 16 Februari.
Bagi murid Tingkatan 6 baharu, agihan akan bermula 1 Julai. Sebanyak RM791,250 diperuntukkan bagi pembayaran one-off RM150 kepada setiap murid.
Inisiatif ini turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6 buat kali pertama. Agihan akan dilakukan oleh sekolah melalui serahan tunai atau pengkreditan ke akaun bank bermula 2025.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.
Sumber: Kosmo Online
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini