HOLLYWOOD: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kebakaran hutan besar-besaran yang melanda Los Angeles, memusnahkan lebih 1,500 bangunan dan memaksa lebih 100,000 penduduk berpindah.
Kebakaran yang dipercepatkan oleh angin kuat hingga 160 km/j itu merebak dengan cepat, termasuk ke kawasan Hollywood Hills, menyebabkan kesesakan jalan raya dan menyulitkan usaha pemindahan.
Ketua Bomba Los Angeles, Anthony Marrone, berkata pasukan mereka tidak mencukupi untuk menangani kebakaran ini. "Kami berusaha sedaya mungkin, tetapi skala kebakaran terlalu besar," katanya.
Kebakaran turut menyebabkan 16,000 ekar terbakar di Pacific Palisades dan 10,600 ekar di Altadena, utara Los Angeles.
Presiden AS, Joe Biden, membatalkan lawatan ke Itali untuk memberi tumpuan kepada tindak balas Persekutuan, sementara pakar menganggarkan kerugian akibat kebakaran ini mencecah AS$57 bilion (RM256 bilion).
Saintis menyalahkan perubahan iklim sebagai punca kebakaran semakin kerap dan teruk di kawasan ini.
Sumber: Sinar Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini