Kisah yang menyayat hati ini telah mencetuskan kemarahan ramai netizen. Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dilaporkan mengalami lebam dan kesan gigitan di tubuh badannya selepas dipercayai digigit oleh kanak-kanak lain di sebuah taska di Kuching, Selasa lalu.
Menurut hantaran di Facebook oleh Kevin Chang, bayi itu adalah anak kepada rakannya. Kevin mendakwa bayi tersebut mengalami kecederaan serius yang disyaki berpunca daripada gigitan kanak-kanak lain berusia dua tahun.
Namun, apa yang lebih mengecewakan ialah pihak taska hanya memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa tanpa mengambil tindakan lanjut.
Pemilik taska dilaporkan memberitahu bahawa pengasuh tidak menyedari insiden itu kerana bayi tersebut tidak menangis. Penjelasan ini jelas menimbulkan kemarahan ramai, yang mempersoalkan tahap keselamatan dan pengawasan di premis tersebut.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini