Calpe: Juara Olimpik dua kali acara berbasikal lebuh raya, Remco Evenepoel, yakin dapat pulih sepenuhnya untuk menyertai Tour de France musim panas ini meskipun mengalami kecederaan serius akibat kemalangan bulan lalu.
Pelumba Belgium berusia 24 tahun itu memaklumkan bahawa keputusan imbasan terbaru menunjukkan tanda positif.
“Saya sudah memulakan fisioterapi selepas imbasan, jadi proses pemulihan akhirnya bermula,” katanya dalam sidang media video.
Evenepoel, yang mengetuai pasukan Soudal Quick-Step, telah berehat sejak 3 Disember selepas mengalami kecederaan patah tangan, tulang rusuk, dan tulang belikat akibat melanggar pintu van pos di Brussels. Dia juga mengalami lebam paru-paru, tulang selangka terkehel, dan ligamen koyak.
Evenepoel, yang pernah terjatuh ke dalam gaung ketika Tour of Lombardy 2020 dan mengalami kecederaan serius pada April lalu, tetap optimis untuk kembali bersaing di peringkat tertinggi.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini