• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
09 January 2025 | 02:27 PM

Prabowo tiba di Malaysia untuk lawatan kerja

SEPANG: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan kerja sehari.

Pesawat khasnya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada jam 10.15 pagi. Ketibaan beliau disambut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, dengan kawalan kehormatan oleh Rejimen Renjer Diraja.

Prabowo dijadualkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum menghadiri majlis makan tengah hari tertutup. Lawatan ini merupakan yang pertama sejak beliau dilantik sebagai presiden pada Oktober 2024.

Wisma Putra menyatakan pertemuan itu akan membincangkan kerjasama dua hala serta inisiatif baharu, memperkukuh hubungan Malaysia-Indonesia.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia dan Indonesia turut dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan cabaran global. Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan itu, dengan tema "Keterangkuman dan Kelestarian."

Pada 2023, Indonesia adalah rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan RM111.21 bilion. Bagi 2024, nilai perdagangan dari Januari hingga Oktober mencapai RM95.50 bilion.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok