Bintang hip hop Malaysia, Killa Driz, atau nama sebenarnya Idris Shah, 26, semakin mencuri perhatian setelah melancarkan single Rap$tar di bawah label Def Jam Asia Tenggara. Kini, dia memperkenalkan single terbarunya, Cuci Mata, yang terinspirasi daripada gurauan bersama seorang rakan wanita. Lagu ini membawa tema ceria dan berkisah tentang perspektif wanita yang turut suka "cuci mata" melihat lelaki tampan.
Proses pembikinan lagu berjalan spontan, dengan melodi yang sudah ada dalam fikirannya. Selain bercerita tentang pandangan wanita dan gaya hidup mereka, Killa Driz melihat penghasilan lagu ini sebagai peluang mencari identiti muziknya.
Lagu Cuci Mata turut disertai muzik video (MV) dengan konsep “classy,” yang menonjolkan dua sisi personalitinya: Killa yang nakal dan Driz yang anggun. MV ini mengambil inspirasi daripada watak-watak seperti James Bond dan Bruce Wayne.
Killa Driz juga merancang menyiapkan album pertamanya di bawah Def Jam Asia Tenggara dengan bantuan artis seperti Joe Flizzow, SonaOne, dan Alyph. Dia memiliki lebih 50 lagu yang menunggu giliran untuk dikongsikan, dengan harapan dapat memperkenalkan sisi lain dirinya kepada pendengar.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini