Dayang Nurfaizah, seorang figura seni yang dikenali bukan saja kerana keindahan suaranya, tetapi juga kecintaannya terhadap warisan budaya negara.
Dalam perjalanan seninya, Dayang terus mencipta magis dengan menjadikan lagu-lagu tradisional sebagai inti pati perjuangannya.
Melalui dua album unggulnya, Belagu dan Belagu II, Dayang berjaya membawa nafas baharu kepada khazanah muzik tradisional apabila dapat menghidupkan semula karya-karya lama agar tidak tenggelam ditelan zaman.
Namun, bagi Dayang, setiap langkah itu bukanlah untuk mencari pengiktirafan, tetapi demi menyemai rasa cinta terhadap seni budaya tanah air dalam jiwa masyarakat.
Ditanya sekiranya ada pihak yang berhasrat untuk menganugerahkan gelaran Datuk sebagai tanda penghargaan atas sumbangannya, dia tidak menolaknya.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini