• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan
02 January 2025 | 06:16 PM

Anak Sarawak Tawan Pentas Antarabangsa Dengan Sape, Raih Tempat Kedua Di Taiwan

Anak Sarawak berusia 11 tahun, Eason Eyeo Yik Xing, telah mengukir nama di pentas dunia apabila berjaya meraih tempat kedua dalam Pertandingan Muzik Antarabangsa – Instrumen Tradisional di Taiwan baru-baru ini.

Eason memukau juri dengan alunan mempesonakan daripada alat muzik tradisional Sarawak, Sape. Pelajar SJK Chung Hua No. 3 ini bukan sahaja membawa pulang pingat, tetapi juga berjaya mengangkat keunikan budaya Borneo ke pentas global.

Menurut laporan media tempatan, Eason, yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman Elizabeth Bungan, mula mempelajari Sape hanya pada tahun 2023.

Eason menjadikan pemain alat muzik Sape ternama seperti Matthew Ngau dan Frederick Maldini sebagai inspirasinya.

Melalui pertandingan ini, Eason bukan sahaja memperkenalkan Sape kepada khalayak antarabangsa tetapi juga menyemarakkan rasa cinta terhadap muzik tradisional tempatan.

Menurut Eason, pertandingan ini turut membuka peluang untuk bertukar pengalaman dengan peserta dari negara-negara seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Thailand, dan Indonesia. Interaksi ini telah memberi perspektif baru tentang bagaimana muzik tradisional boleh menyatukan budaya yang berbeza.

Sumber: I Love Borneo

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok