Newcastle United menewaskan Manchester United 2-0 di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana Inggeris menerusi tandukan Alexander Isak dan Joelinton.
Kekalahan ini meletakkan Manchester United di tangga ke-14 liga, kedudukan terburuk mereka pada akhir tahun sejak 1989. Sementara itu, Newcastle berada di tangga kelima pada 32 mata.
Isak menjaringkan gol pembukaan pada minit keempat, menjadikan ini gol ke-11 dalam 11 perlawanan. Gol kedua Newcastle hadir pada minit ke-19 menerusi Joelinton.
Kekalahan ini merupakan yang ketiga berturut-turut di laman sendiri bagi Manchester United, kali pertama sejak 1979. Mereka bolos 18 gol sepanjang Disember merupakan jumlah terbanyak sejak 1964.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini