Dua rakyat Thailand disahkan maut dalam nahas penerbangan Jeju Air di Korea Selatan, yang mengorbankan 179 nyawa.
Pesawat itu membawa 181 orang, termasuk enam kru, dan sedang dalam perjalanan dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.
Kementerian Luar Thailand telah menghubungi keluarga mangsa dan bekerjasama dengan Kedutaan Diraja Thailand di Seoul serta pihak berkuasa Korea Selatan untuk membantu keluarga terjejas, termasuk memudahkan perjalanan mereka ke Korea Selatan.
Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa atas tragedi ini.
Sumber: Sinar Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini