Pelawak Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis 58.23 gram minggu lalu.
Along Cham atau sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dalam milikannya disyaki dadah jenis Kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Laman Lakeview, Cyberjaya di sini pukul 3.10 petang pada 14 Disember lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.
Hakim Ahmad Fuad tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
Tertuduh juga akan berdepan dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret sebentar lagi.
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini