Gempa bumi lemah berukuran 2.7 skala Richter dikesan di beberapa kawasan di Tawau Sabah, awal pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menerusi kenyataan di laman rasminya memaklumkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.54 pagi.
Pusat gempa dikesan terletak pada kedudukan 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur pada kedalaman 10 kilometer (km).
Ia membabitkan jarak 17 km utara dari Tawau, Sabah dan gegaran dirasai di sekitar daerah itu.
Dalam kenyataan sama jabatan itu memohon mereka yang merasai gegaran berkenaan supaya mengisi borang soal selidik pada pautan yang disediakan.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini