Pengumuman ini telah dimaklumkan oleh pihak Hospital Sibu sendiri menerusi laman rasmi Facebook mereka.
Semua transaksi pembayaran di kaunter hospital kini hanya boleh dilakukan menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja. Langkah ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha mempercepatkan transformasi digital, sejajar dengan agenda Malaysia Digital (MD).
Walaupun langkah ini dilaksanakan sepenuhnya di Hospital Sibu, Hospital di Kuching masih menerima bayaran tunai untuk beberapa urusan.
Namun, bahagian pendaftaran temu janji klinik pakar kini turut menggunakan sistem tanpa tunai. Pesakit hanya perlu ‘wave’ kad debit untuk melengkapkan transaksi.
Orang ramai disarankan agar mengambil maklum tentang perubahan ini sebelum berurusan di Hospital Sibu untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini