Itali komited untuk terlibat dalam inisiatif tenaga hijau Sarawak, khususnya usaha peralihan tenaga dan penyahkarbonan, sejajar dengan matlamat global dan Kesatuan Eropah (EU).
Duta Besar Itali ke Malaysia, Massimo Rustico berkata, Sarawak dianggap kawasan penting di Malaysia lebih-lebih lagi kerana peranannya dalam projek peralihan tenaga dan pembangunan.
Beliau menegaskan, Itali sebagai salah satu negara industri terkemuka di dunia, berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak terutama dalam bidang peralihan tenaga. Sarawak telah diiktiraf sebagai pusat kuasa utama.
Massimo turut memaklumkan bahawa satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai pada sebelah petang antara Sarawak dan sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang merangkumi bidang peralihan tenaga dan pembuatan maju.
Massimo turut menyatakan keyakinannya terhadap potensi Sarawak menjadi hab hijau dan Itali berhasrat memainkan peranan besar dalam merealisasikan visi ini.
Sumber: Utusan Borneo
Sumber Foto: UKAS
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini