Juara bertahan Manchester United akan bertandang ke Emirates bertemu juara 14 kali, Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA bulan depan, manakala Manchester City, Liverpool dan Chelsea diundi bertemu kelab divisyen empat di laman sendiri.
United, pemenang 13 kali kejohanan itu, terlebih dahulu akan melakukan kunjungan ke Arsenal untuk aksi Liga Perdana Inggeris.
Pusingan ketiga Piala FA, kejohanan yang menemukan kelab Liga Perdana Inggeris dan kelab-kelab divisyen lain, akan berlangsung dari 9 hingga 13 Januari.
Aston Villa, yang memenangi tujuh gelaran Piala FA, akan melayan kunjungan West Ham United dalam satu lagi pertembungan antara dua kelab Liga Perdana Inggeris.
Naib juara musim lalu, Man City akan bertemu Salford City, manakala pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool melayan kunjungan Accrington Stanley dan Chelsea menentang kelab Liga Dua, Morecambe.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini