• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Guardiola sambung kontrak bersama City
20 November 2024 | 02:03 PM

Guardiola sambung kontrak bersama City

Pep Guardiola dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontrak sebagai pengurus Manchester City dengan menandatangani lanjutan setahun kontrak semasanya.

Guardiola menang enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan trofi pertama kelab itu dalam Liga Juara-Juara sejak tiba di Etihad pada tahun 2016.Kontrak bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu berakhir hujung musim ini.

Terdapat spekulasi tempoh Guardiola mungkin berakhir dengan City berdepan masa depan tidak menentu susulan pendengaran 115 kes pelanggaran peraturan kewangan Liga Perdana.

Pengarah bola sepak kelab itu Txiki Begiristain, mengesahkan pemergiannya hujung musim ini.

Namun, The Athletic melaporkan pengendali berusia 53 tahun itu akan menandatangani sambungan setahun dalam kontrak semasanya dengan pilihan tambahan setahun lagi.

Guardiola juga telah menandatangani dua sambungan kontrak di City semasa rehat tugasan antarabangsa pada bulan November.

Sepanjang tempoh lapan musim di Manchester City, Guardiola telah memenangi 15 kejuaraan utama, termasuk dua Piala FA, empat Piala Liga, satu Piala Dunia Kelab, dan satu Piala Super UEFA.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok