Lagu berjudul Sejarah menjadi buah tangan istimewa Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin sebelum menutup tirai 2024.
Lagu Sejarah ciptaan maestro muzik dari Indonesia, Erwin Gutawa mempunyai keunikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang menghampiri tiga dekad terbabit dalam industri muzik.
Karya terbabit juga menyaksikan gandingan Erwin Gutawa bersama anak perempuannya, Gita Gutawa selaku penulis lirik.
Lirik lagu ini, berkisarkan seseorang yang kaya dengan pengalaman hidup dan memaknakan kesyukuran di dalam setiap bait kata yang diungkapkan dan diiringi oleh Czech Symphony Orchestra.
Siti berharap agar single terbaru berkenaan akan mendapat tempat di hati peminat.Single terbitan SN Legacy Sdn Bhd dan Universal Music Sdn Bhd ini boleh distrim dan dilanggan di seluruh pelantar digital bermula 14 November 2024.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini