Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dianugerahkan sebagai Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Khabar yang dinanti-nanti itu dimaklumkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak dalam satu hantaran dalam Instagram yang memaparkan poster ucapan tahniah daripada pihak Siti Nurhaliza Legacy dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
Sementara, ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah termasuk daripada rakan selebriti dan peminat dari Indonesia.
Sehingga kini, hanya tiga anak seni legenda yang pernah menerima gelaran tersebut iaitu Allahyarham Saloma yang dianugerahkan pada tahun 1978, Allahyarham Sharifah Aini (2006), dan Allahyarham Tan Sri SM Salim (2013).
Sumber: Kosmo Online!
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini