Pengendali platform media sosial TikTok memberi jaminan untuk meneliti beberapa isu yang wujud di platform berkenaan seperti buli siber, ancaman scam dan fitnah yang semakin berleluasa.
Komitmen itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung selama 30 minit di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Apec (AELW).
TikTok juga bersedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi, MCMC, dan Bank Negara Malaysia. Kerjasama ini dilihat positif untuk mengawal penyalahgunaan platform yang boleh mengganggu keharmonian sosial dan keselamatan rakyat.
Anwar turut menyentuh pelaksanaan kerangka kawal selia baharu untuk media sosial dan perkhidmatan pesanan internet, yang akan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, memerlukan platform seperti TikTok untuk mendapatkan lesen dan mematuhi garis panduan lebih ketat demi keselamatan pengguna.
Sumber: Harian Metro
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini