Kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich didenda 150,000 euro oleh Persekutuan Bola sepak Jerman (DFB) semalam selepas penyokong mereka mengganggu aksi kemenangan Piala Jerman di Ulm pada Ogos lalu.
Bayern menerima hukuman daripada badan induk bola sepak negara itu.
Menurut DFB, penyokong Munich menyalakan sekurang-kurangnya 70 suar dan empat bateri bunga api, yang sekali gus melancarkan unsur pengesan dan roket.
Situasi tersebut menyebabkan perlawanan terganggu kira-kira tiga minit disebabkan asap yang tebal dan sesetengahnya diarahkan ke tengah padang.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini