Belanjawan Negeri Sarawak 2025 yang dibentangkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dianggap belanjawan berorientasikan rakyat yang menunjukkan komitmen terhadap kebajikan rakyat.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, belanjawan kali ini memperuntukkan jumlah terbesar dalam sejarah dengan anggaran hasil sebanyak RM14.2 bilion, meningkat berbanding RM13.3 bilion pada 2024.
Bajet negeri pada tahun 2025 dijangka menghasilkan lebihan sebanyak RM486 juta yang menunjukkan kewangan Sarawak semakin pulih.
Perbelanjaan operasi dan pembangunan yang diperuntukkan juga mencatat rekod tertinggi iaitu RM15.8 bilion, berbanding tahun sebelumnya.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10.9 bilion diperuntukkan untuk pembangunan dan pengagihan pendapatan yang adil di seluruh negeri.
Peruntukan sebanyak RM1.72 bilion juga disalurkan untuk pembangunan perkhidmatan air, elektrik, dan telekomunikasi.
Daripada jumlah ini, sebanyak RM1.23 bilion diperuntukkan untuk pembangunan air dan elektrik, manakala RM490 juta pula untuk perkhidmatan telekomunikasi.
Pembiayaan besar ini turut melengkapi Belanjawan Persekutuan yang memperuntukkan RM5.9 bilion untuk Sarawak.
Sumber: Utusan Sarawak
Foto Herriey Naha
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini