Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah meluluskan pembinaan trek sukan permotoran di Gedong, yang akan melengkapi Projek Pembangunan Isthmus Gedong yang dilancarkan pada tahun lalu.
Beliau berkata trek pemotoran itu akan dibina di Isthmus Gedong kerana kawasan ini baru dibangunkan, termasuk pembinaan stadium.
Tambah beliau lagi, tiada masalah bagi mereka yang berada dari Kuching ingin datang ke Gedong untuk menikmati sukan permotoran.
Dalam masa yang sama, Abang Johari turut memaklumkan bahawa trek pemotoran juga akan dibina di kawasan utara Sarawak, susulan permintaan daripada Ahli Parlimen Sibuti untuk membina trek tersebut di Niah. Namun, memandangkan Niah kini diwartakan sebagai kawasan UNESCO, lokasi lain di kawasan utara akan dipertimbangkan.
Sumber: I Love Borneo
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini