• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

JDT buat Pan-gon 'menangis'
06 November 2024 | 01:51 PM

JDT buat Pan-gon 'menangis'

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengejutkan juara Liga K1 Korea, Ulsan HD FC, dengan kemenangan 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim.

Kemenangan ini meletakkan JDT di tangga ketiga dengan tujuh mata dari dua kemenangan dan satu seri. Manakala Kim Pan-gon yang kembali ke Malaysia terpaksa pulang dengan tangan kosong dan masih belum meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan saingan ACLE Zon Timur.

Detik kemenangan JDT bermula seawal minit keempat dan kedudukan 1-0 memihak JDT kekal sehingga berakhir babak pertama.Ulsan hampir menyamakan kedudukan namun gagal. Bersambung babak kedua, JDT menambah jaringan pada minit ke-68 dan meletakkan JDT selesa mendahului 2-0.

Ketika aksi berbaki dua minit untuk ditamatkan bola umpanan pemain gantian Afiq Fazail membuka ruang buat pemain gantian Bergson da Silva merembat bola kencang tepat ke penjuru kanan gawang lawan dan mengikat kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sumber: Harian Metro

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok