Erik ten Hag, yang baru dipecat sebagai pengurus Manchester United, telah menaiki jet peribadi ke Belanda dan dijangka menerima pampasan sebanyak £15 juta (RM85 juta).
Pemecatannya diumumkan pada jam 11 pagi, dan beliau dilihat tersenyum sebelum berlepas ke Amsterdam pada jam 2.15 petang.
Dalam tempoh kurang dua jam selepas pengumuman itu, Ten Hag bergegas dari rumahnya di Cheshire ke Lapangan Terbang Manchester menggunakan kereta Mercedes S Class.
Dengan pemecatan ini, Ten Hag menjadi pengurus kelima yang dipecat sejak Alex Ferguson meninggalkan jawatannya pada tahun 2013.
Walaupun baru 166 hari lalu kontraknya diperbaharui, suasana dalam bilik persalinan dilaporkan sangat suram, mendorong pemilik kelab, Sir Jim Ratcliffe, untuk bertindak.
Ruud van Nistelrooy, bekas penyerang United, kini mengambil alih sebagai pengurus sementara, bersama dengan pasukan sokongannya.
Sumber: Berita Harian
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini