• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Kos RM700 juta anjur Sukan SEA 2027
30 August 2024 | 12:29 PM

Kos RM700 juta anjur Sukan SEA 2027

Penganjuran Sukan SEA 2027 yang akan diadakan di Kuala Lumpur serta tiga negeri lain iaitu Sarawak, Sabah, dan Pulau Pinang. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganggarkan kos keseluruhan penganjuran adalah RM700 juta.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa kos ini tidak akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat, tetapi akan dibantu oleh ketiga-tiga negeri yang telah menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah bersama. Kos ini dianggarkan berdasarkan pengalaman penganjuran Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Sarawak akan menanggung sebahagian besar kos, lebih RM300 juta, diikuti oleh Sabah dengan RM100 juta, dan Pulau Pinang dengan RM15 juta. Beliau menegaskan bahawa dengan melibatkan beberapa lokasi, penganjuran bersama ini bukan sahaja mengurangkan beban kewangan tetapi juga memberikan peluang kepada atlet dan peminat untuk mengalami suasana yang berbeza daripada kebiasaan.

Hannah turut menyebut bahawa beberapa negeri lain telah menunjukkan minat untuk menganjurkan acara tersebut, namun mereka tidak bersedia untuk menanggung kos penganjuran.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok