• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Meta mohon maaf padam hantaran PM
06 August 2024 | 03:51 PM

Meta mohon maaf padam hantaran PM

PUTRAJAYA - Meta Platforms Inc (Meta) memohon maaf atas tindakan menurunkan kandungan di laman sosial Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan perkara itu sebagai kesilapan operasi.

Permohonan maaf itu dibuat Meta menerusi jurucakap syarikat itu selepas tuntutan berkenaan dibuat Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi pertemuan dua hala dengan pemilik Facebook itu semalam.

“Kami memohon maaf atas kesilapan operasi mengenai kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram Perdana Menteri yang mana telah dialih keluar dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul,” kata jurucakap Meta kepada Reuters.

Semalam, PMO meminta Meta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung tindakan diambil syarikat itu selain menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO, pihaknya telah memanggil Meta semalam bagi menuntut penjelasan berhubung penyingkiran beberapa hantaran di akaun Perdana Menteri.

“Semasa mesyuarat itu, Pejabat Perdana Menteri telah menyatakan kekecewaan mendalam terhadap Meta susulan tindakan menurunkan ucapan Perdana Menteri terhadap kematian Ismail Haniyeh.

“PMO melihat tindakan Meta sebagai diskriminasi, tidak adil, dan berlaku penindasan secara terang-terangan terhadap kebebasan bersuara,” katanya.

Tindakan Meta juga dilihat sebagai penghinaan kepada perjuangan rakyat Palestin dalam mengejar keadilan dan hak asasi manusia.

Pada masa sama, PMO turut melahirkan kekecewaan berhubung penggantungan siaran langsung disiarkan di Facebook melalui akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin malam kelmarin.

Sumber: Kosmo Online!

Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok