• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Bella Astillah tunai umrah
15 July 2024 | 03:36 PM

Bella Astillah tunai umrah

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadat umrah, hari ini.

Melalui entri Instagram (IG), Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah memohon maaf andai ada khilaf yang dilakukan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

"Assalamualaikum, Bella berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadat umrah... Insya-Allah.

"Bella mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan, baik disengaja mahupun tidak disengaja.

"Mohon doa agar ibadat ini dapat terlaksana dengan baik dan diterima oleh Allah SWT... Amin. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadat umrah kelak," katanya.

Melalui entri sama, ibu dua cahaya mata itu turut memuat naik foto bersama keluarga dan kenalan yang menemaninya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat.

Sementara itu, adik Bella yang juga penyanyi, Didi Astillah dalam hantaran IG turut mendoakan urusan umrah kakaknya dipermudahkan.

"Doakan Kak Long (panggilan Bella) saya yang bertolak ke Tanah Suci hari ini. Semoga Kak Long diberi ketenangan hati dalam mengerjakan ibadat umrah serta mendapat umrah yang mabrur.

"Semoga segala urusan Kak Long di sana dipermudahkan. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosamu dan memudahkan kebaikan bagimu di manapun berada," katanya.

Sumber: Berita Harian

Oleh Affan Rostam

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok