• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Pemain badminton China meninggal dunia selepas rebah di gelanggang
01 July 2024 | 03:44 PM

Pemain badminton China meninggal dunia selepas rebah di gelanggang

KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan lelaki China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan di Kejohanan Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, semalam.

Insiden malang itu berlaku ketika perlawanan antara China menentang Jepun dalam aksi Kumpulan D di GOR Among Raga.

Zhi Jie yang berusia 17 tahun yang sedang berdepan Kazuma Kawano, rebah dalam keadaan tertiarap semasa perlawanan lewat semalam. Ketika itu kedudukan terikat 11-11.

Pasukan perubatan kejohanan kemudiannya memberikan bantuan kecemasan sebelum pemain remaja itu dikejarkan ke hospital.

Badminton Asia dan Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) dalam satu kenyataan bersama, berkata Zhi Jie disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.

"Pemain perseorangan China, Zhang Zhi Jie pengsan di dalam gelanggang ketika perlawanan petang semalam sebelum dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia pada jam 11.20 malam waktu tempatan.

"Zhi Jie sedang bermain perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun ketika dia pengsan.

"Dia kemudiannya dirawat oleh doktor kejohanan dan pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital dalam tempoh kurang dua minit dengan ambulans yang disediakan," kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur kejohanan mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhi Jie, keluarga dan Persatuan Badminton China (CBA).

"Dunia badminton kehilangan seorang pemain yang berbakat," katanya.

Kejohanan Badminton Remaja Asia berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta dari 28 Jun hingga 2 Julai bagi acara berpasukan campuran.

Kejohanan itu akan diteruskan bagi acara individu yang dijadual bermula dari 3 hingga 7 Julai.

Sementara itu, pemenang dua pingat Olimpik dari India, PV Sindhu mengutuskan ucapan takziah mengenai pemergian Zhi Jie.

"Berita yang benar-benar menyayat hati dari Kejohanan Badminton Remaja Asia mengenai kematian seorang pemain muda bernama Zhang Zhi Jie," tulis Sindhu di platform X.

"Saya mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga Zhi Jie pada masa yang sedih ini. Dunia telah kehilangan bakat yang luar biasa," katanya.

Sumber: Berita Harian

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok