Situasi getir menimpa penduduk Gaza turut menyentuh hati anggota kumpulan Sheila On 7 (SO7), Eross Candra untuk tampil menghulurkan bantuan.
Pemain gitar itu sanggup mengorbankan gitar kesayangannya demi memenuhi tabung amal untuk membantu insan memerlukan.
Menerusi perkongsian sebuah Instagram, Eross dilihat melelong alat muzik kesayangannya untuk dibina peminat.
Dia membuka ruangan kepada peminat untuk mula membidal harga gitarnya dalam ruangan komen.
Dalam tempoh 24 jam iaitu sebaik tawaran dibuka pada 8 Jun dan ditutup keesokan harinya, Eross meraih bidaan tertinggi sebanyak RM35,000.
Keseluruhan hasil lelongan diserahkan Eross ke pertubuhan yang menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin.
Sumber: Kosmo Online!
Oleh TENGKU SUZANA RAJA MAMAT
Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini

WHAT’S HOT

13 June 2024 | 03:58 PM