• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

WHAT’S HOT

Amerika sambung semula gugur bantuan
10 June 2024 | 12:23 PM

Amerika sambung semula gugur bantuan

WASHINGTON – Sebuah pesawat kargo tentera Amerika Syarikat (AS) menggugurkan lebih 10 tan metrik bekalan makanan dan air di utara Semenanjung Gaza semalam, kata tentera AS.

Penduduk Gaza sangat memerlukan bantuan kemanusiaan selepas lapan bulan menderita akibat peperangan, manakala Washington beralih kepada menghantar bantuan dari udara  dan laut selepas Israel cuba menyekat penghantaran melalui jalan darat.

Operasi ‘air drop’ itu memberikan bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa manusia di utara Gaza, kata Markas Pusat Perintah AS (CENTCOM).

“Setakat ini, AS telah menggugurkan lebih 1,050 metrik bantuan kemanusiaan sebagai tambahan kepada bantuan yang disalurkan melalui jeti sementara yang bersambung dengan pantai Gaza.

“Operasi air drop ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dan kami merancang melakukan lebih banyak penghantaran sedemikian,” kata CENTCOM.

Operasi terbaru itu berlaku sehari selepas bantuan kemanusiaan dihantar semula menerusi jeti tersebut yang rosak pada bulan lalu akibat cuaca buruk dan terpaksa dibaik pulih.

Serangan udara dan operasi darat tentera Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 37,084 orang terbunuh di Gaza, kebanyakan mereka ialah wanita dan kanak-kanak.

Sumber: Kosmo Online!

Sertai Telegram kami untuk mendapat berita-berita terkini 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok