SEBUYAU, 5 November - Sebanyak 235 unit rumah mampu milik Fasa Pertama sedang dibina di bandar baharu Sebuyau oleh Lembaga Pembangunan Lembah Kuching (LCDA), dengan 100 unit daripadanya kini dalam pembinaan., kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Julaihi Narawi.
Demikian menurut beliau selepas meninjau kemajuan terkini pembinaan fasa pertama projek itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif LCDA dan rombongan, tengah hari tadi.
Menurut Julaihi, projek perumahan tersebut dilaksanakan oleh LCDA, agensi Kerajaan Sarawak, melalui anak syarikatnya, LCDA Real Estate. Rumah-rumah itu turut diintegrasikan dengan sistem solar bagi menjana bekalan elektrik hasil kerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) atau SESCO.
Katanya, setiap rumah dibina dengan kos RM350,000 tetapi dijual pada harga RM150,000 sahaja kerana sebahagian kos ditanggung melalui subsidi Kerajaan Sarawak. Selain itu, pembeli turut layak menerima subsidi deposit sebanyak RM10,000.
Beliau berkata, pihak LCDA menyasarkan 30 unit siap pada April 2027, manakala baki unit dijangka siap menjelang akhir 2027.
Julaihi menyifatkan projek itu sebagai satu lagi inisiatif kerajaan negeri yang membuktikan komitmen menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat.
Apabila siap kelak, projek ini dijangka mengubah landskap bandar baharu Sebuyau dan membuka peluang pemilikan rumah kepada penduduk setempat.
Sumber: Laman Facebook Rasmi Julaihi Narawi
Back