• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 November 2026 | 10:50 PM

SPK Sungai Ladong Capai Kemajuan 83 Peratus, Sediakan 77 Lot Rumah Baharu

SEBUYAU, 5 November - Pembinaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sungai Ladong di sini kini mencapai kemajuan 83 peratus, dengan 77 lot rumah baharu disediakan untuk penduduk kampung yang terjejas akibat hakisan tebing sungai, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Julaihi Narawi.

Beliau berkata, perkara itu diketahui ketika melakukan lawatan tapak bersama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan bagi meninjau kemajuan terkini projek tersebut hari ini.

Menurut beliau, SPK seluas 21 ekar itu dibangunkan dengan kos RM10.5 juta oleh Kerajaan Sarawak dan diluluskan pada 2024. Projek itu terletak di laluan jalan pesisir, bertentangan dengan lokasi Kampung Sungai Ladong sedia ada.

Julaihi berkata, lot baharu itu disediakan bagi penduduk Kampung Sungai Ladong yang rumah kediaman mereka terkesan oleh hakisan di tepian Sungai Ladong dan Sungai Batang Sadong.

Katanya, projek tersebut merupakan satu lagi usaha kerajaan menyediakan kawasan perumahan yang lebih selesa kepada penduduk luar bandar di kawasan Sebuyau.

Julaihi berkata, SPK itu turut dilengkapi pelbagai kemudahan asas, termasuk tapak Masjid Kampung Sungai Ladong yang baharu (tapak telah disediakan), bekalan air terawat oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), bekalan elektrik, sistem perparitan konkrit serta kemudahan telekomunikasi dengan menara telekomunikasi yang sudah tersedia.

Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ladong yang baharu telah pun berpindah ke kawasan bersebelahan SPK berkenaan.

Apabila siap kelak, SPK Sungai Ladong dijangka membolehkan penduduk terjejas berpindah ke kawasan petempatan yang lebih selamat dan lengkap dengan kemudahan asas. 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Julaihi Narawi

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok