• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 November 2026 | 10:38 AM

Lebih 2.74 Juta Rakyat Sarawak Nikmati Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak

KUCHING, 5 November - Lebih 2.74 juta rakyat Sarawak telah menerima manfaat bantuan pendidikan dengan jumlah keseluruhan bernilai melebihi RM2.46 bilion sejak penubuhan Yayasan Sarawak pada 1971.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pencapaian sepanjang 55 tahun itu membuktikan peranan vital institusi berkenaan dalam memperkasa pembangunan modal insan di negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan bakat tempatan merupakan elemen paling kritikal bagi memastikan Sarawak berupaya beralih daripada ekonomi berasaskan sumber asli kepada ekonomi berteknologi tinggi.

“Tenaga merupakan enjin pertumbuhan bagi setiap sektor ekonomi. Namun, meskipun kita memiliki kekuatan tersebut, kita memerlukan tenaga manusia untuk memberikan nilai tambah kepada sumber berkenaan. Bakat merupakan kunci untuk kita bergerak maju ke arah ekonomi baharu,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-55 Yayasan Sarawak yang berlangsung di Kuching pada malam Rabu, 4 November.

Menurut Abang Johari, kekuatan sumber tenaga bersih dan asli yang dimiliki Sarawak perlu disokong dengan modal insan berkualiti tinggi.

Tenaga kerja tempatan perlu menguasai bidang keutamaan baharu seperti teknologi moden, kecerdasan buatan (AI), serta pembuatan semikonduktor bagi menarik pelaburan industri gergasi antarabangsa.

Bagi memastikan akses pendidikan berkualiti dapat dinikmati secara saksama oleh seluruh anak Sarawak termasuk di kawasan luar bandar, Kerajaan Negeri terus memperkasakan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES).

Selain itu, Premier Sarawak turut mengumumkan peningkatan peluang biasiswa tajaan pengajian perubatan daripada 40 tempat kepada 80 tempat bagi memenuhi keperluan doktor serta tenaga profesional perubatan di hospital negeri.

Pelaburan berterusan dalam sektor pendidikan ini diyakini memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai pemain utama ekonomi masa hadapan di rantau ini.

Sumber: TVS 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok