• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 November 2026 | 08:35 AM

Sarawak Bekal Enam Buku Pelajaran Percuma Untuk 30,000 Murid Tahun Enam Mulai Januari

SIBU, 3 November - Kerajaan Sarawak bakal membekalkan enam buku pelajaran percuma kepada hampir 30,000 murid tahun enam di seluruh negeri mulai Januari tahun depan bagi mengukuhkan penguasaan subjek utama.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, inisiatif berkenaan mengfokuskan kepada pemantapan subjek Matematik, Bahasa Inggeris, dan Sains.

Beliau memaklumkan bahan pembelajaran terbabit merangkumi modul intensif mengikut topik serta buku latihan berasaskan format peperiksaan bagi menyokong persediaan murid secara lebih tersusun.

"Setiap murid tahun enam akan dibekalkan enam buku percuma. Kandungannya akan kami ubah setiap tahun," kata Datuk Dr Annuar Rapaee ketika merasmikan Program Simposium Kepimpinan Digital 2026 di Sibu pada Isnin, 2 November.

Semua bahan modul berkenaan telah melalui proses penelitian rapat serta mendapat pengesahan rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) sebelum dicetak.

Mengulas mengenai transformasi digital, Dr Annuar menekankan perbelanjaan kerajaan negeri dalam sektor pendidikan mesti diukur berdasarkan peningkatan prestasi murid di sekolah.

Dalam ucapan sama, beliau menyeru para guru besar terutamanya di kawasan luar bandar agar proaktif membantu murid berpotensi merebut peluang kemasukan ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak.

Inisiatif kerajaan negeri menerusi penubuhan sekolah antarabangsa berkenaan memberi ruang kepada murid luar bandar menikmati pendidikan berkualiti berteraskan kurikulum antarabangsa. 

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok