• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 November 2026 | 08:41 AM

Sarawak Sasar Pelancaran Satelit Sendiri Dan Keupayaan 'Sovereign AI' Menjelang Tahun 2030

KUCHING, 2 November - Kerajaan Sarawak kini merancang untuk mengembangkannya keupayaan teknologi sendiri menerusi pembangunan satelit mikro serta pemantapan keupayaan Kecerdasan Buatan Berdaulat (Sovereign AI) menjelang tahun 2030.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah berani ini penting bagi membolehkan Sarawak bertukar status daripada sekadar pengguna teknologi kepada pencipta teknologi tempatan.

Beliau mengumumkan perkara itu semasa merasmikan majlis sambutan Ulang Tahun Ke-35 Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) di Wisma Melayu, Kuching pada Ahad.

"Kita tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi. Kita mesti menjadi pencipta teknologi," tegas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari.

Menurut Abang Johari, sasaran melancarkan nano-satelit atau CubeSat menjelang 2030 bakal memperkasakan keupayaan Sarawak dalam mengumpul, menyimpan, serta menganalisis data imej satelit secara mandiri.

Akses data lokasi dan sumber tempatan ini kelak akan digunakan secara meluas bagi menyokong perancangan pembangunan ekonomi serta pengurusan sumber alam negeri pada masa hadapan.

Dalam ucapan sama, beliau turut memuji peranan SAINS yang ditubuhkan sejak 1991 dalam memimpin transformasi sistem penyampaian perkhidmatan digital kerajaan, termasuk kejayaan pembangunan dompet digital S-Pay yang kini berkembang ke Global Pay.

Tambah beliau, minat yang ditunjukkan oleh pelabur luar seperti dari Jepun terhadap potensi teknologi satelit di Sarawak turut didorong oleh pelaksanaan dasar pendidikan percuma negeri.

Kebijaksanaan dasar berkenaan diyakini mampu melahirkan modal insan mahir dan bersedia memimpin ekonomi baharu berasaskan teknologi di rantau ini. 

Sumber: Laman Facebook Rasmi Sarawakku

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok