• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 October 2026 | 09:44 AM

VANDALISME UTILITI DI SARAWAK: 6,328 KES DIREKODKAN, RUGI RM48.43 JUTA SEJAK 2023

KOTA SAMARAHAN, 29 Oktober - Perbuatan vandalisme ke atas fasiliti utiliti dan telekomunikasi di Sarawak mencatatkan kerugian besar dengan nilai anggaran sebanyak RM48.43 juta membabitkan 6,328 kes dari tahun 2023 sehingga suku kedua tahun 2026.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menegaskan bahawa kegiatan jenayah ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian kewangan bagi kerja-kerja pembaikan, malah mengganggu kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna harian.

"Kerja pembaikan yang mengambil masa turut menyebabkan gangguan perkhidmatan secara berulang. Perkara ini menjejaskan reputasi agensi utiliti dan telekomunikasi walaupun mereka sendiri merupakan mangsa kepada perbuatan vandalisme," kata beliau.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program Pencegahan Vandalisme Fasiliti Utiliti dan Telekomunikasi Peringkat Bahagian Samarahan 2026 di Kota Samarahan pada Rabu, 28 Oktober.

Bagi Bahagian Samarahan sahaja, Dato Sri Julaihi memaklumkan sebanyak 308 kes vandalisme telah direkodkan dalam tempoh yang sama, dengan anggaran nilai kerosakan mencecah RM1.54 juta.

Antara aset awam yang kerap menjadi sasaran penjenayah termasuk sektor utiliti: peralatan loji rawatan air, meter air, pili bomba, transformer, kabel elektrik, lampu jalan, dan komponen pembumian (earthing) serta sektor telekomunikasi: peralatan pemancar di menara telekomunikasi, bateri, dan kabel utama.

Menurut beliau, kerosakan harta benda awam ini memerlukan kos penggantian peralatan yang amat tinggi selain menjejaskan kestabilan bekalan elektrik, air, dan capaian internet komuniti tempatan.

Bagi menangani isu berkenaan daripada terus meluas, Dato Sri Julaihi menjelaskan bahawa usaha pencegahan kini ditingkatkan menerusi pelaksanaan Op Lusuh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi berkaitan.

Operasi berkenaan menumpukan pemantauan ke atas premis serta kedai barangan lusuh bagi menyekat saluran penjualan peralatan utiliti yang dipercayai hasil daripada kegiatan kecurian.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh komuniti agar sentiasa peka dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berhampiran fasiliti awam kepada pihak berkuasa demi memelihara kemudahan bersama.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok