• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 October 2026 | 09:23 PM

Guru Diserang Pelajar Di Kuching: JPN Sarawak Siapkan Sokongan Psikososial, Gesa Henti Spekulasi

KUCHING - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak menegaskan pihaknya memandang serius insiden seorang guru wanita yang mengalami kecederaan selepas diserang seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa di sini pada Rabu, 21 Oktober 2026.

JPN Sarawak menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa kes berkenaan kini sedang disiasat sepenuhnya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihak pengurusan institusi pendidikan swasta terbabit turut memberi jaminan dan kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan.

“JPN Sarawak telah berhubung dengan pihak institusi pendidikan swasta berkenaan dan bersedia memberikan sokongan psikososial kepada murid, guru, dan warga institusi yang memerlukan,” menurut kenyataan JPN Sarawak pada Rabu.

Sokongan Psikososial Dan Peringatan Kepada Awam

Bagi memelihara kesejahteraan warga sekolah yang terjejas akibat insiden cemas berkenaan, bantuan kaunselling serta sokongan psikososial akan disalurkan secara berterusan.

Dalam pada itu, JPN Sarawak turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat yang belum disahkan, atau berkongsi kandungan yang boleh menjejaskan privasi serta kebajikan individu yang terlibat.

Langkah ini penting bagi memastikan emosi dan privasi semua pihak terpelihara sepanjang siasatan berlangsung.

Pelajar Ditahan Sebelum Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Terdahulu, Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu melibatkan seorang guru wanita yang cederas diserang pelajar lelaki Tingkatan Empat di sekolah berkenaan.

Beliau memaklumkan pelajar terbabit telah ditahan oleh pihak polis pada sebelah pagi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis kemudiannya.

Kes berkenaan kini disiasat secara terperinci mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok