• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 October 2026 | 01:40 PM

Kerajaan Sarawak Salur RM500,000 Dan Penajaan Pendidikan Yayasan Sarawak Buat Waris Mangsa Nahas FDS

KUCHING - Pengorbanan lima petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terkorban dalam tragedi nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram pada 8 September lepas terus dihargai apabila Kerajaan Sarawak menyalurkan sumbangan keseluruhan bernilai RM500,000.

Majlis penyampaian bantuan berkenaan telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat (16 Oktober 2026).

Dalam majlis tersebut, kesemua lima waris keluarga mangsa menerima sumbangan kewangan berjumlah RM100,000 setiap seorang bagi meringankan beban tanggungan keluarga.

"Sepertimana yang telah saya janjikan, kita memberi sedikit bantuan kepada mangsa. Tetapi kehilangan ahli keluarga adalah lebih daripada itu dan tidak dapat dinilai dengan duit. Namun, sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka," kata Premier Sarawak ketika ditemui media.

Penajaan Pendidikan Menerusi Yayasan Sarawak

Bagi memastikan masa depan anak-anak mangsa terus terbela dalam jangka panjang, Kerajaan Sarawak turut menyampaikan Penajaan Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak.

Penajaan khas berkenaan bertujuan untuk menjamin kesinambungan persekolahan dan pengajian anak-anak mendiang serta allahyarham yang kehilangan tempat bergantung.

Lima waris yang menerima sumbangan berkenaan ialah Nor Izzati Syamimi Suhaimi (pasangan Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham), Larry Bilong Kule (pasangan mendiang Jessie Paya Jok), Mohd Faiz Ab Malek (pasangan Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamarudin), John Then Hua Ken (pasangan mendiang Debra Moset), dan Stephanie Essah Incham (pasangan mendiang Alexson Adit Henry).

Anugerah Pingat Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) Secara Anumerta

Sebagai penghormatan tertinggi terhadap khidmat bakti dan pengorbanan mereka, kesemua lima wira perkhidmatan kesihatan pedalaman itu turut dianugerahkan Pingat Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.) secara anumerta.

Pengiktirafan rasmi berkenaan telah dikurniakan sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026 yang lepas.

Majlis berprestij berkenaan turut dihadiri ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak — Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian — serta barisan Kabinet Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok