• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 October 2026 | 03:50 PM

Laporan Awal Nahas Helikopter Doktor Udara Di Long Lellang Dibentang Ke Jemaah Menteri Esok

KUALA LUMPUR - Laporan awal siasatan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang mengorbankan lima nyawa di Long Lellang, Ulu Baram pada 8 September lepas dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok (16 Oktober 2026).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) mendapati juruterbang helikopter BO105 milik Layang-Layang Aerospace Sdn Bhd itu mempunyai lesen penerbangan dan sijil perubatan yang sah.

Helikopter bernombor pendaftaran 9M-LLF yang beroperasi di bawah kontrak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu juga disahkan mempunyai perakuan pendaftaran serta perakuan kelayakan terbang yang sah ketika berlepas.

"Siasatan masih diteruskan dan satu laporan muktamad berhubung kemalangan udara ini perlu disediakan dalam tempoh setahun dari tarikh kemalangan," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis (15 Oktober).

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Begri berhubung status audit keselamatan dan pemeriksaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pascanahas.

Dapatan Audit Bersifat Pentadbiran, Bukan Masalah Teknikal

Mengulas lanjut, Loke menjelaskan CAAM telah melaksanakan audit pengawasan terhadap organisasi penyelenggaraan Layang-Layang Aerospace dari 1 hingga 4 September lepas, iaitu beberapa hari sebelum tragedi berkenaan.

Audit berkenaan merekodkan tiga penemuan ketidakpatuhan dan tiga pemerhatian melibatkan aspek perancangan tenaga kerja, rekod tugas penyelenggaraan, serta dokumentasi prosedur kecemasan.

"Namun begitu, penemuan itu bersifat pentadbiran dan organisasi serta tidak mempunyai kaitan langsung dengan keadaan teknikal atau sistem helikopter yang terlibat dalam nahas tersebut," tegas Loke.

Beliau menambah, penentuan punca sebenar kemalangan memerlukan siasatan terperinci dan laporan teknikal komprehensif sebelum sebarang keputusan muktamad dikeluarkan.

Dalam pada itu, CAAM turut melakukan pemeriksaan pengesahan terhadap helikopter BO105 lain dan pesawat berenjin Rolls-Royce RR250 dari 9 hingga 12 September, di mana kesemuanya dibenarkan kembali beroperasi selepas melepasi tahap kelayakan terbang.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok