• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 October 2026 | 09:49 AM

SMD Semiconductor Dijangka Jalin Kerjasama Dengan Syarikat China, Guna Reka Bentuk Cip Sarawak

KUCHING - SMD Semiconductor dijangka menjalin persefahaman strategik dengan sebuah syarikat dari China bagi menggunakan reka bentuk cip semikonduktor buatan Sarawak dalam penghasilan meter elektrik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkembangan positif itu membuktikan potensi dan kualiti reka bentuk cip tempatan dalam menembusi pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, pengiktirafan daripada pihak luar negara merupakan pencapaian membanggakan bagi sektor sains dan teknologi negeri.

“Saya berharap mereka mempunyai persefahaman dengan sebuah syarikat dari China untuk menggunakan reka bentuk cip kita dalam meter elektrik. Itu satu perkembangan yang baik kerana pihak luar negara sudah membeli reka bentuk cip kita,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan dan Anugerah Swinburne Sarawak 2026 di sini, pada Selasa (13 Oktober).

Meneroka Industri Reka Bentuk Cip Seperti Nvidia

Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Abang Johari memberitahu bahawa Sarawak kini sedang merencana strategi meneroka bidang reka bentuk semikonduktor, mengikut jejak langkah gergasi teknologi dunia seperti Nvidia.

Beliau menjelaskan bahawa Nvidia memfokuskan kepada keupayaan reka bentuk semikonduktor dan cip secara dalaman, manakala proses pengilangan fizikal dialihkan kepada Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) di Taiwan.

"Sarawak berpotensi besar mereka bentuk cip secara tempatan yang kemudiannya dihasilkan menerusi kemudahan kilang X-FAB di Taman Perindustrian Samajaya, sekali gus memperkukuh penglibatan negeri dalam rantaian bekalan semikonduktor global," tambahnya.

Keperluan Jurutera Dan Tenaga Mahir

Walau bagaimanapun, Premier Sarawak menegaskan bahawa kejayaan untuk mentransformasikan Sarawak sebagai hab semikonduktor bergantung kepada ketersediaan modal insan berkemahiran tinggi.

Sehubungan itu, Sarawak memerlukan penumpuan serius dalam melahirkan lebih ramai jurutera tempatan yang mempunyai kepakaran khusus dalam reka bentuk cip serta teknologi berkaitan bagi menyokong ekosistem industri berkenaan.

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok