• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 October 2026 | 03:02 PM

KDN Lulus RM172 Juta Naik Taraf ICQS Dan Pos Imigresen Sempadan Sarawak-Kalimantan

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan meluluskan tiga projek pembinaan dan naik taraf kompleks serta pos imigresen di sempadan Sarawak-Kalimantan dengan kos keseluruhan RM172 juta.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di laman rasmi Parlimen memaklumkan bahawa pelaksanaan projek berkenaan adalah untuk memperkukuh kawalan serta prasarana pintu masuk utama negara di Sarawak.

Projek paling utama merangkumi kerja-kerja menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu di Serian bernilai RM100 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2029.

"Turut diluluskan ialah pembinaan Pos dan Kuarters Imigresen Serikin di Bau dengan peruntukan RM50 juta yang dijadual siap pada Disember 2027, serta pembinaan Pos dan Kuarters Telok Melano di Sematan bernilai RM22 juta yang dijangka siap pada Disember 2028," menurut kenyataan KDN bagi menjawab soalan Datuk Ali Biju (PN-Saratok).

Sebahagian Peruntukan Khas Pembangunan Sempadan RM1 Bilion

KDN menjelaskan, projek di Sarawak berkenaan adalah sebahagian daripada lima projek pembangunan sempadan negeri yang diluluskan di bawah peruntukan khas pembangunan sempadan seluruh negara bernilai RM1 bilion.

Dua lagi projek di Sarawak membabitkan kerja menaik taraf dan pembaikan Kompleks ICQS Tedungan di Limbang bernilai RM5.4 juta (jangka siap Oktober 2027) dan ICQS Pandaruan di Limbang bernilai RM1.8 juta (dijadual siap November 2026).

Status ICQS Di Sabah Masih Menerusi Rundingan Titik Sempadan

Sementara itu, KDN memaklumkan tarikh siap bagi pembinaan Kompleks ICQS Serudong-Simanggaris dan ICQS Bantul-Lumbis di Sabah belum dapat ditetapkan.

Pembinaan ICQS Bantul-Lumbis berskala RM38.1 juta kini dalam proses perolehan tender, manakala pelaksanaan ICQS Serudong-Simanggaris masih bergantung kepada keputusan perundingan muktamad penetapan titik sempadan pembangunan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia. 

Sumber: BERNAMA

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok