• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 October 2026 | 10:07 AM

Premier Sarawak Cadang SALCRA Teroka Bahan Api Penerbangan Mampan SAF Berasaskan Sisa Sawit

KUCHING - Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dicadang meneroka potensi penghasilan bahan api penerbangan mampan (Sustainable Aviation Fuel - SAF) berasaskan sisa kelapa sawit sebagai sektor ekonomi baharu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan berkenaan wajar dikaji menerusi gabungan hasil sampingan kelapa sawit bersama hidrokarbon bagi menghasilkan produk bahan api penerbangan moden.

Beliau menjelaskan bahawa sisa kelapa sawit menawarkan peluang perusahaan yang sangat luas untuk dikembangkan kepada produk bernilai tinggi menerusi teknologi industri hiliran.

“Dalam hubungan ini, sisa-sisa kelapa sawit mempunyai banyak peluang untuk menjadi satu perusahaan. Sebab itu, mengapa kita tidak melihat dengan lebih luas perniagaan SALCRA? Pertamanya, memanglah baja, keduanya biojisim dan juga banyak sisa-sisa yang lain,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Gala Jubli Emas sempena sambutan ulang tahun ke-50 SALCRA di Hotel Imperial, Kuching pada Isnin, 12 Oktober.

Gabungan Fatty Acid Dan Hidrokarbon Untuk Bahan Api Hibrid

Mengulas lanjut mengenai kaedah teknikal, Abang Johari memaklumkan antara potensi utama yang boleh diteliti ialah penggunaan fatty acid yang terhasil daripada pemprosesan kelapa sawit.

Kajian menyeluruh perlu dijalankan untuk menguji kebolehlaksanaan penggabungan bahan tersebut dengan hidrokarbon bagi menterjemahkan konsep bahan api penerbangan hibrid.

“Ini hanya satu cadangan dan perlu dibuat penyelidikan, tetapi sekiranya berjaya, ia boleh mentransformasikan keseluruhan perniagaan SALCRA. Bayangkanlah kalau kita berjaya dalam apa yang disebut sebagai hybrid aviation fuel, SALCRA mungkin menjadi seperti Aramco di Sarawak,” tambahnya.

Memacu Ekonomi Moden Berasaskan Teknologi Tinggi

Penerokaan ke dalam rantaian industri tenaga baharu ini sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan nilai tambah sumber asli tempatan dan bergerak ke arah ekonomi hijau yang dipacu oleh inovasi.

Sekiranya penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan membuah hasil, SALCRA bukan sahaja dapat meluaskan aliran pendapatannya, malah berupaya meletakkan Sarawak sebagai pemain penting dalam rantaian pembekalan bahan api penerbangan mampan di peringkat global. 

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok