• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 October 2026 | 09:55 AM

SALCRA Disaran Gunakan AI Dan Pembelajaran Mesin Untuk Penanaman Semula Kelapa Sawit

KUCHING: Penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) dilihat mampu membantu Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) menentukan keperluan penanaman semula pokok kelapa sawit secara lebih tepat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi moden masa kini membolehkan analisis keadaan tanah serta potensi tanaman dilakukan secara simulasi sebelum keputusan penanaman semula dibuat.

Langkah itu penting bagi memastikan pokok kelapa sawit yang telah tua dan tidak lagi produktif digantikan dengan anak benih baharu yang berkualiti tinggi.

“Kalau pokok itu sudah lama, apa yang kita buat? Replant. Dan replant mesti menggunakan anak benih baharu. Ini boleh kita cuba menggunakan teknologi ML dan AI,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Gala Jubli Emas sempena Ulang Tahun ke-50 SALCRA di Hotel Imperial, Kuching pada Isnin 12 Oktober.

Simulasi AI Bagi Penanaman Semula Terancang

Mengulas lanjut, Abang Johari menjelaskan bahawa pendekatan berasaskan AI dan ML berpotensi membantu meramal jenis anak benih yang paling sesuai mengikut keadaan spesifik tanah di kawasan ladang.

Strategi berkenaan sekali gus membolehkan proses replanting dijalankan secara lebih sistematik untuk meningkatkan hasil tanaman serta nilai ekonomi keseluruhan tanah.

“Dalam tempoh 50 tahun akan datang, sudah ada cara dan metodologi untuk kita menambah nilai pokok yang telah mengeluarkan kelapa sawit, sama ada yang lama yang harus ditanam semula dan juga tanaman kelapa sawit yang sedia ada,” tambah beliau.

Memelihara Aset Dan Masa Depan Peserta SALCRA

Beliau turut menegaskan bahawa pemerkasaan ladang menerusi teknologi berteraskan data adalah penting bagi memastikan aset tanah milik peserta SALCRA kekal produktif demi kesejahteraan generasi akan datang.

Nilai ekonomi tanah perlu dipadankan dengan hasil tanaman optimum bagi menjamin pulangan pendapatan yang jauh lebih baik kepada semua peserta yang menyertai program SALCRA.

Majlis berprestij berkenaan turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, serta Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok